Mula² rasa macam malas pulak nak pegi sebab keje banyak. Tapi since bos aku tu baik lagi sporting, dia kasik aku cuti hari Isnin dengan Selasa untuk settlekan apa yang patut. Dengan nikmat duniawi yang diberikan itu, aku pun decide la nak pegi Perak jenjalan. Kena siap web tu before the 13th. Jeng jeng jeng lol. Masak. Anyway skang nih aku nak cerita serba sikit tentang road tripku ke Parit Buntar.
8.00 pagi: Bertolak dari rumah. Gi rumah Pali untuk sesi berkumpul. Lalu jalan favourite aku, Federal Highway haha. Walaupun kena bayar RM1.10 untuk tol, apa sangat la. Think about how much time I manage to save everyday ulang-alik SJ-Shah Alam. Malas ikut KESAS, sebab nak kena lalu depan Summit. Glenmarie lagi sucks. Jauh nak pusing balik.
9.15 pagi: Dah breakfast semua, bermulalah perjalanan yang penat best ini. Dalam kete ada aku, Pali (Michael?), Poja ngan member sorang yang aku tak kenali lol. Naik wira. Minyak hitam, petrol semua dah isi, jalan. Sempoi.
Ni lalu sungai mana tah. Rasanya ada buaya kot dalam tu. Tak pun piranha. Tenang semacam je air tu.
12.30 tengah hari: Berhenti kat RnR Tapah. Makan dan minum apa yang patut. Sesi menstrechkan diri berlaku di sini.
Lalu terowong. Tak tau la apa yang best. Pantang lalu mesti rasa semacam. Macam dapat aura lebih je. Banyak gak dengar cite konon ada hantu dalam terowong. Diorang pasang tol kot dalam tu.
Berehat kejap lepas exit tol. Nak tunggu orang lain katanye. Panas, lapar, dahaga, penat semua ada. Tensen gila masa ni.
Tunggu punya tunggu rupenya dah tersilap jalan. Dengan selamba yaya Poja meng’V'kan kepala Pali yang serba ketensenan. Muahahah masa ni dah lambat gila dah. Nak dekat pukul 3 kot. Pastu sambung la balik perjalanan. Tengah syok² cerita nak pi berkelah la apa semua, tiba² ada lembu pulak melintas. Pali yang tengah bawak kete dalam 90-100 km/j tu pun brek emergency tak hingat. Para penumpang yang serba gelabah nak mampos masa tu, tanpa segan silu memegang apa yang patut untuk take cover dari impact tersebut. Bunyi screech kuat. Asap dari geseran tayar pada jalan tar pun naik. Akhirnya terlanggar jugak lembu tu. Mangsa(lembu) , dilaporkan dilanggar di bahagian kaki dan perut. Nasib la sempat reduce speed kaw². Impact tu tak la rasa sangat. Kemek sikit je kat atas hood tu. Kalau tengok sejenak tak perasan la kot. Lembu tu boleh pulak tergolek atas hood kejap. Lepas dia bangun, berdiri camtu je kat tengah² jalan. Kaku tak bergerak. Gila kesian. Darah tak nampak pulak. Maybe lembu tu memang kuat. Maybe ada internal injuries. Tak tau la. Harap la lembu tu sembuh cepat. Sure tengah sakit gila masa tu. Lepas langgar tu pakcik² makcik² semua yang tengah tunggu lembu melintas tu pun usha je. Nak buat camne, dah tak nampak. Lembu tu masa tu tengah nyorok kat depan kete lain. Tiba² lak dia nak melintas. Sorry ye lembu.
4.30 petang: At last sampai gak kat umah Kak An. Makanan semua best. Sirap dia sedap. Daging skip haha. Teringat lembu punya pasal. Ni gambar Amin dengan Azam(kanan) yang kekenyangan. Ko tetap macho macam dulu Zam…wahahhaha.
Pali, member Pali yang kat sebelah kiri tu, dengan Anas ‘Van Persie’. Sorry Arsenal tak dapat menang Champions League season ni. Better luck next time. Sack je lah Lehmaan tu. Bukan terer sangat pun.
Gambar gadis² ex-cs Sri Iskandar. Dari kiri: Anem, Sali, Yatie, Lin Kic, Nani, Kak Ja, Iza, Kak An the Bride, Lina, Jeen, ‘Insert Name Here’, Poja and Didi. Ramai lagi yang nak datang tapi takde transport. Ye ke ni. Takde transport ke…malas? Aku tau sape yang malas pegi muahaha. Takpe la yang penting ikhlas. Kita doakan la member kita tu kebahagiaan di dunia dan akhirat.
6.15 petang: Bertolak balik ke Shah Alam. Tali air kat sebelah tu best untuk pancing ikan. Kampung aku kat Kelantan tu ada gak. Diorang pakai benda apa tah panjang gila sampai tutup dari hujung ke hujung belah lagi satu. Disebabkan ikan² tu dah tak boleh lepas, upacara penangkapan pun bermula. Pakai apa aku pun tak tau sebab dah lupa. Aku kecik lagi masa tu XD
Ni lalu mana tah ada jambatan macam Pulau Pinang punya. Tapi pendek je la. Sampai Shah Alam dalam kol 11.30 mlm camtu. Kat umah Pali, layan Winning Eleven sepam dua. Pastu balik umah. Sampai² tengok kat meja makan ada sate. Layan dengan air yogurt mangga. Fuh, nikmat sungguh. Mandi, dota sepam, layan My Girl And I pastu tido.
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya
P/s: Selamat pengantin baru, Kak An & Abang Zul. Semoga bahagia, selama-lamanya. Hehe..