Sep 18 2009

Salam Aidilfitri 2009

Brilliantly written by syahimi at 4:24 pm under Serious Business

Menjelang hari raya yang bakal tiba lagi 2 hari ni, izinkan daku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin kepada semua rakan² yang mengenali diri yang hina ini. Rakan² sekolah lama yang sudah hampir lebih sedekad tidak berjumpa, geng² bebenang melayu nub lowyat.net, ahli² KKI dan Kebuners, rakan² seopis di HP, rakan² study di UiTM, pembaca setia blog yang tak best ini, tidak lupa juga kepada rakan² yang baru dikenali melalui facebook, friendster(dah delete akaun), dota, ym mahupun dari perjumpaan di mana jua anda berada.

bermain karaoke di bulan ramadhan

Semoga menjelang hari kiamat yang bakal muncul tak lama lagi ini sama² lah kita insap dari membuat benda yang membuang masa lagi sia sia. Sekali sekala buang masa takpe, cuma jangan selalu sangat sampai melalaikan. Nasihat ditujukan kepada si penulis sendiri.

Rasanye raya tahun ni agak berbeza sikit berbanding tahun² lain atas faktor²-x berikut:

  • malam raya ialah hari/malam terakhir bekerja di HP, Damansara.
  • sesi membeli juadah, bersahur dan berbuka puasa bersama rakan² sekerja.
  • wujudnya kasut raya
  • eh tu je kot..

Tahun ni tak sure balik kampung ke tak. Masih dalam planning. Kalau rajin maybe balik ke Penang atau Kelantan sekali gus. Jalan² cari makan, duit raya, mercun ngan awek. Orait sampai sini je kot.. kalau rajin akan tambah entri sehari dua lagi.

Byep.

2 responses so far

2 Responses to “Salam Aidilfitri 2009”

  1. deeon 18 Sep 2009 at 8:16 pm

    lepas raya, ko dah tak keje HP ke?

  2. syahimion 18 Sep 2009 at 9:36 pm

    tak :p

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

:) :( :d :blush: :(( ~:d~ :x 8-| /:) :o :-? :-~ :-w ;) [-( :)>- more »