Mar 06 2008
Sarawak
Perlu ke Sarawak pasal ada benda nak buat kat sana. Flight pukul 10 pagi. Mula² budget AirAsia, sekali tengok tiket MAS plak. Aik… kata LCCT la apa la. Nasib baik tak pegi terminal sana.

Boarding pass yang sangat berharga setelah men-self check in. Tergerak terlebih awal. Maka duduk melepak la situ dekat sejam dengan penuh kesabaran.

Amoi pramugari MAS yang agak cun dan seksi. Tak berani menangkap depan² takut digelar stalker atau dipandang serong makcik² kat sebelah. Save image as pakai mata sudah.

Cara memakai safety vest dengan cepat, cermat dan betul. Tengok sekeliling… sorang pun tak tengok mamat tu. Semua duk busy baca paper la… beborak la. Bising gila time ni macam pasar malam. Masing² nak tunjuk suara sape paling kuat. Sib baik mamat sebelah aku cool je (tido). Takde nak memekak cam orang gila.

Breakfast yang disediakan. Asal dapat makan je semua diam. Dalam tu ada sandwich, strawberry yogurt, air kosong pastu biskut chocolate apa tah lupa nama dia.

Naik teksi pergi ke hotel Harbour View. Kena charge 17 hinggit. Cilakak mahal. Nasib dapat claim balik.

My room, 605. Papehal check hidden cam.. cctv.. lubang² skodeng dulu. All clear.. tak tau la kot² pasni kuar youtube.

Walaupun tv kecik tapi at least ada Star World ngan ESPN. So bole la..

View dari bilik. Yang under construction tu ialah dewan rakyat yang baru. Dengar cer la kan. Notice ada sungai. Situ dipanggil Waterfront… tempat lepak² dan happening kalau ada function ke apa. Malangnya sepanjang masa ada kat sini tiap² petang ngan malam asyik ujan je. So tak ramai orang sangat.

Another view. Bangunan warna warni ni namanya Medan Pelita. Tingkat punya la banyak tapi hampir semua untuk food court. Haihhh… mandi kejap then kol 1 gerak site.

Naik teksi lagi. Kena charge 17 hinggit gak. Student price takde meh..

Setelah beborak ngan brader² yang keje kat site.. diorang pun cite la kalau nak balik ikut mana dekat.. senang.. murah bla bla bla. So dengan baik hatinya puan seorang ini menghantar ke jeti. Dari situ naik bot kecik untuk cross river tu dengan hanya 30 sen. Tersnap sekali gamba awek ni. Macam ngantuk je. Letih kot maybe dia baru balik keje tak tau la kan..

Captain of the boat. Teruja melihat cara dia men-side parking-kan boat dia. Sempoi tapi penuh skill.

Brader² sana ajak gi dinner. Sorang tu order nasik goreng nenas. Ambik… siap letak nasik dalam nenas tak tahan tu. Lapar nya pasal… abis gak.

Hujan tak berhenti lagi. Tiap² petang hujan sampai malam. Sad but true..

Hujan nye pasal takde mood nak kuar. Sambil tunggu ujan berenti layan Simpsons lu.

Tepat kul 9 malam kuar mencari angin, makanan dan gadis. Sebenarnya malas nak kuar.. tengah relek² dapat sms mintak beli keychain la apa la.. so terpaksa la kuar hotel gak.

Tu hotel Harbour View. Sori ler gambar semua macam agak blur. Nub camera.

Explore jejauh sket. Terjumpa lak McD kat sini. Singgah jap untuk menapau value meal seketul. Balik makan.. baring tengok tv jap pastu gg.. tido.

Masuk 2nd day. Bangun pagi awal sebab breakfast included. Tak turun rugi ler. Dah siap semua dalam kol 730 am turun menikmati buffet. Pastu terus gerak site.

Petang nak balik ujan lagi T_T Sorang brader bernama Apoi dengan baik hati offer nak hantar ke Merdeka Palace.

Berjalan balik ke Harbour View dalam keadaan serba basah. Sket² je takde la sampai kuyup abis. Time ni ujan renyai². Sini kempen pilihan raya cam hambar. Poster pun sket. Kurang sambutan lol.

Skang dah masuk hari ke 3. Last day kat sini. Anyway ni sekali tengok macam petaling street je. Bezanya senang je… tak best.

Lepak jap kat bilik brader² tu kat Merdeka Palace. Pastu gerak Harbour View balik. Dah settle check out semua gi makan jap kat food court Medan Pelita. Masa ni baru kol 2 lebih. Flight balik lak pukul 8 malam. So disebabkan ada cinema kat situ.. sempat lagi menonton Jumper. Cite lain cam tak best. Lagi pun Jumper ada awek dari OC, Rachel Bilson. Nice..

Around 630 pm sampai Airport Kuching. Ikan apa aku pun tak tau ler.

A.. B.. C.. D.. sila jawab teka teki ini. What do you call a sleeping bull? Jawapannye… bulldozer -_- Lawak diambil dari salah satu sitcom kat Star World.

Singgah ke KFC jap untuk menikmati burger Zinger.

Makanan yang disediakan dalam plane.

Around 1015 pm sampai umah. Ada la sket barang² yang di bawak balik. Ikan terubuk masin.. kek lapis sarawak.. beberapa keychains.. gambir (bukan untuk kegunaan sendiri, mangsa hanya memberi khidmat kiriman untuk member yang memesan sahaja), baju metallica, dan hadiah birthday suhaida. Happy birthday by the way. So tu je kot. Gonna miss Kuching.
ZOMG sok keje tak tido lagi!
gambar #25: di kaunter manakah syahimi berurusan? a, b, c atau d?
<– a’an yang cute.
Antara A ngan B. Nampak ada kaunter kat tengah² tu
Lupa lak nak mention time nak lepas imigresen ada officer yang cun lagi mantap bernama Emilia yang senantiasa tersenyum. Sempat bebuat hilang ic..
aku punyer maner???
gambir nak gambir? ada lagi lebih ni..
mane kek lapis aku?
tak sudah2 promote gambir die..
sib baik ko tak beli gambir 2 kilo..
eh.. kek lapis ganti ngan gambir xleh ke
aku nk watpe ngan gambir2 tu
sapu kat… opssss… my bad.
offer je kat sesape. brg impot tu.. leh wat duit
eh,yg mne satu hadiah aku?wah,bahagianya akhirnya akan dpt 1st b’day present utk thn ni..
gambir tu ler… lagi mau tanye
yahoo..huhu.a gambir for my b’day..tq.. :”>
gambir jer ko bwk balik? hampeh.
abis takkan bawak balik pompuan kot
Stewardess !!!
bring me along next time