Oct 07 2006
inotffk – Buke Puase@Chicken Hartz BTS
Sabtu, 7 Oktober 2006 – Dengan kekuatan pasukan tentera seramai 11 orang, saya selaku kapten pasukan, telah bersama-sama mengendalikan sebuah operasi khas di Berjaya Times Square semalam. Dengan hanya berpandukan signal bunyi yang dijana oleh perut, kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengesan dimana terletaknya tapak punca segala kejahatan itu. Serbuan itu dipercayai telah dilakukan tepat pada pukul 5:45 petang waktu tempatan. Walaubagaimanapun, bilangan askar lawan yang melampaui batas alam flora dan fauna itu, telah menyebabkan kemaraan kami disekat. Kami terpaksa bertarung selama lebih sejam atau sejam lebih demi mempertahankan maruah dan kedaulatan perut² setiap anggota pasukan. Dengan semangat yang begitu cekal, tabah, berani, sabar, jujur, menghormati orang tua serta tawadduk, kami akhirnya berjaya menembusi kubu lawan. -tamat sinopsis LOL.
Pukul 8 lebih pun ramai lagi yang bertungkus-lumus tengah queue. Slack ada pulak satu sekolah gi book satu row panjang nak mampos abis kacau line. Baru kejap terus penuh. Dak sekolah gi la makan menda kecik² macam kerepek ke, takpun gi mekdi ke, gerai Pak Mat ke. Nak jugak makan kat sini. Dah la semua laki lak tu -_-
Antara sisa² makanan yang tak berapa nampak macam makanan. Dapat table kat tepi lak tu. Aduh stuffy gila rasa macam nak lemas T_T LOL tengok roti phibe yang tak abis tu. Bazir je entah apa nak jadi…haihhh.
Close up view. Penemuan fosil terbaru di muka bumi yang indah ini. Casualties: seekor ayam. Part aku je la. 4 drumstick 3 kepak 1 kuak dada. Ni kalau gabung leh jadi ayam kaki empat kot. Gila kentang kenyang tahap Geforce 7950GX2 1GB DDR3/256Bit overclock siap. Diorang yang lain ni lagi la tak hingat. Dah biasa makan sekor lembu ke apa.
Rad bersama K800i nye. Recruit masuk dalam team 2MP :hehe: Damn takde pulak chicken wing kali ni. Ke memang dah tak buat? Alaa sedap gila la chicken wing tu.. aduh sayangnye takde.
Bak kata aiman, macam tangkap gambar kat jail lol. Aktiviti mengempiskan perut terpaksa dilakukan time ni. Perut kembung mata stim pale stone. Dari kanan, cepat jalan: don, rad, arj, shinno, uzu, steno, aida, yott, ace dan last sekali Fernando me Torres.
Total = RM195.80. Kalau kali dengan 2 dah boleh angkut Edifier R501 -_- Bila laaa nak start fund untuk next project ni. Dah lama tak dengar bunyi bass kat bilik ![]()
Orait. Tu je wat masa ni. Thank you all for coming. Special thanks to: phibe and rad sebab tolong amik gambar. Nah..upah singgit ![]()

