Oct 12 2006
Week of Endurence
Lepas sahur boleh tertido pulak. Ingat nak baring jap sementara menanti subuh. Last² terbabas terus. Pagi tadi bangun² dah pukul 9:50 pagi. Itu pun terjaga sebab ada orang kejut. Kelas Mak Pah burn cam tu je. Pastu siap la ingat nak gi class Computer Graphic lak kol 10.30. Sampai lab sekali cancel pulak dah. Aduh kelas yang ada tak pegi. Kelas yang takde boleh terpegi lak -_- Semua gara² layan cite The Omen la semalam. Seram gak seketika lepas tengok. Abih cite pukul 3 pagi.Layan dengan suasana bilik tak bukak lampu. Pastu ending budak syaitan tu boleh siap sengih lagi. Mau tak seram.
Anyway gua baru je balik kelas ni. Letih teramat sangat. Next week memang death week. Penuh dengan keje. Entah bole handle ke tak bole ni.
- Isnin(16 Oct): Quiz on Simulation Theory
- Selasa: Test Computer Security, Arab group presentation
- Khamis: Test Quantitative Analysis and Management
- Jumaat: Test Design Algorithm, submit thesis proposal, semua assignment Design Algorithm ( ada la dekat 5-6 camtu since aku tak pernah submit satu pun dari start sem =\ )
Aduh serious banyak gila nak study. Keje tertangguh melambak lagi. Esok lak presentation blueprint ENT. Semalam dah settle proposal. Tinggal nak present je. Gila tekanan betul nak dekat akhir sem ni. Tak kasi can langsung. Haihh tak pe la. Ada peluang tiru je. Toyol tetap menemani kita di bulan yang mulia ini. Hahah cam bole je. Takat ni takde pun test sempat pakai toyol kecuali test ENT. Tu pun sebab kat lecture hall. Sakit la dia nak perhati sorang² lol. Papehal we must do our best. Tiru ke tak tiru ke we must succeed. Bak kata Optimus Prime, “Megatron must be stopped. No matter the cost.” Aja!

