Sep 25 2006

Degree oh degree…

Brilliantly written by syahimi at 1:53 pm under Serious Business

Masuk hari ni dah 2 hari kita berpuasa. Adoi lawak betul la pagi tadi. Bangun pukul 5 untuk sahur. Dah kenyang tido balik kejap. Pukul 9 camtu runner Continental belakang rumah jap tampal tayar. Sape la punya keje letak paku merata² kat jalan. Sib baik kena 5 inggit je. Balik, mandi, siap² terus gi kelas Mak Pah. Awal gak aku datang tadi. Masuk kelas TH cam takde member lak. Gi lepak luar jap pastu ternampak dak² ni dok lepak kat bench foyer. Pastu syaitan mana tah goda aku suh gi kat watercooler situ. Maka dengan selamba nya aku memasukkan beberapa liter air ke dalam mulut. Hahah damn la camne aku leh lupa yang aku tengah puasa. Apa lagi…dengan pantas aku mengcover. Buat² kumur hahahah. Gila ramai gak la dak pompuan tengah usha aku masa tu. Aduh malu siot. Haihhhh takpe lah. Apa mau buat. Bukannya disengajakan huhuhuuu. Dak² aku leh bantai gelak pulak. Hampesss….

Petang pukul 2 plak ada kuiz Computer Graphic. Sib baik la sempat study jap time lunch break tadi. Pastu time kuiz tiru ez otai heheh. Cam payah gila lak subject ni. Test aritu sib baik lepas. Carry mark cam tak leh blah je. Lepas ni memang kena all out abis ni. Assignment convert animation lom wat lagi. Blueprint ENT lagi..proposal thesis lagi…pastu game Azizian tuh… adeh melambak nak mampos keje. Tak termasuk nak prepare presentation Arab lagi. Ahlan² je la aku nanti kat ustat tu lol. Come on cs. Kuatkan semangat belajar. Moge aku mendapat berkat sempena bulan yang mulia ni. Time for a change… berubah sebelum terlambat.

P/s: Come on la geng. Jangan asyik gelakkan aku je. Cuba kasi dorongan sikit… muahahaha.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( ~:d~ :x 8-| /:) :o :-? :-~ :-w ;) [-( :)>- more »