Jun 26 2006

Chapter I: Assault on Bukit Payung

Brilliantly written by syahimi at 5:59 am under Ronggeng

Sabtu, 24.6.2006: Bertolak dari Shah Alam pukul 6:30 pagi. Naik nazri punya Gen2. Ahli-ahli fellowship lain: yan and mashi. Semua semata-mata untuk ke kenduri kawin kakak ez. Bukit Payung tu kat Terengganu.

Around 9 pagi: Stop kat genting jap breakfast. Dah puas berak apa semua sambung balik perjalanan. Sempoi.

3 petang camtu: Sampai umah ez. Ni background taman rumah dia. Lawa tak lawa la kan. Kalau takat nak masuk pertandingan rumah hijau aku rasa ez ada harapan top four la. Tak pun top up. Pakai baju serba putih. Colour yang suci lagi murni katanya.

Sesi bergambar lepas aktiviti meratah lauk. Dari kanan yan, mashi, johnny, naz, pipi ngan member dia yang aku tak kenal.

Chapter II: Return to Hutan Lipur Sekayu

Straight lepas kenduri pegi check in kat Hotel Kenangan(nama betul) jap. Pastu amik ez terus gi mandi air terjun. Enjoooy…

10.45 malam: Gi umah ez untuk menikmati jamuan(saki baki). Kek tak sentuh lagi tu. Pastu balik kekenyangan cam biase. Tido tak hingatnya.

Lupa plak. Sebelum tu ada la ternampak satu papan iklan nih. Panas gila. Ada ke muka aku diorang buat jadi iklan. Panas tol. Tapi takpe la. Demi masa depan murid-murid Malaysia kan.

Ni katil kat hotel tu. Gambar ni baru satu. Satu bilik ada 2 katil camni. Syiook tido. Terlelap dalam pukul 1 pagi camtu kot.

Chapter III: Rantau Panjang, the Final Battle

Ahad, 25.6.2006:
Sampai kat Rantau Panjang singgah booth(road show?) ni jap. Ada la sorang mamat ni wat show. Nak tunjuk ular minum air katanya. Dalam tirai tu ada toyol. Mamat tu cakap la. Box besar belah kanan ada ular sawa. Lagi 3 box kecik tu ada ular stok bisa sket.

Ni haa big bos. Besar tak besar la. Kalau anaconda tu tak tau la panjang dia camne. First time tengok ular on the spot nih. Lagi-lagi ular bapak besar gila camtu. Takat makan budak tu selamba je kot. Sekali tengok macam jinak. Tapi bila gi dekat tau je la ko berani ke tak. Agak-agak dah bosan gi lunch jap. Pastu shopping beli jersey, baju apa semua. Harga golok la. Toyol tu tak sempat tengok. Lama sangat nak tunggu. Gerak balik dalam pukul 3 petang.

8 malam - Makan malam. Lepak makan kat restoran tepi pantai mana tah. Pastu balik terus. Sampai Shah Alam dalam pukul 4 pagi. Lepak ngan paan and pokju tengok Holland lawan Portugal. Orange kalah 1-0. Kol 5 sampai umah. Mandi siap apa semua pastu terus gi keje. END

2 Responses to “Chapter I: Assault on Bukit Payung”

  1. ~fayzsum~on 27 Jun 2006 at 5:46 am

    wah!!!
    masuk iklan siot, rmi la awek ganu minat kat ko nie, hehehe

  2. deeon 13 Jul 2006 at 2:21 am

    tul ke muka ko yg kt iklan tu mie??
    cm tak caya je..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( ~:d~ :x 8-| /:) :o :-? :-~ :-w ;) [-( :)>- more »