Archive for June, 2006

Jun 30 2006

WC Fever

Published by syahimi under Serious Business

Spain dah kena knocked out. Lambat sket update sebab takde mood lol. Spain kalah terus demam 2 hari. Damn. All I can say is, they did their best but France were slightly better that night. Sikit je la. Takpe Spain pakai ramai star² muda. They will return…with a stronger force. Tak lama da tu. Malaysia bila lak nak masuk World Cup?

Haaa… ni gambar khas untuk ko bug. Ni la antara jersi² yang aku beli kat Rantau Panjang ari tu. Clockwise: Argentina, England, Spain ngan Germany. Satu lagi Chelsea abang aku dah rembat awal² dah. Edisi golok 2006. Nak beli original memang tak dapat la. Nak tunggu Malaysia masuk World Cup…

Sebut pasal duit…gua dah dapat cek muahahha. First time dapat paycheque mesti rasa bangga sket. Hasil titik peluh seniri la orang kata heheh. Pasni bole beli henset baru. Lg KG800 Chocolate tu macam cantik tertarik menarik. Tapi features dia tak berbaloi sangat dengan harga -_- Target dah lock dah.

Model Samsung SGH D600. Lagi seminggu insyaAllah dapat la kot. Oh henset idamanku…

No responses yet

Jun 26 2006

Chapter I: Assault on Bukit Payung

Published by syahimi under Ronggeng

Sabtu, 24.6.2006: Bertolak dari Shah Alam pukul 6:30 pagi. Naik nazri punya Gen2. Ahli-ahli fellowship lain: yan and mashi. Semua semata-mata untuk ke kenduri kawin kakak ez. Bukit Payung tu kat Terengganu.

Around 9 pagi: Stop kat genting jap breakfast. Dah puas berak apa semua sambung balik perjalanan. Sempoi.

3 petang camtu: Sampai umah ez. Ni background taman rumah dia. Lawa tak lawa la kan. Kalau takat nak masuk pertandingan rumah hijau aku rasa ez ada harapan top four la. Tak pun top up. Pakai baju serba putih. Colour yang suci lagi murni katanya.

Sesi bergambar lepas aktiviti meratah lauk. Dari kanan yan, mashi, johnny, naz, pipi ngan member dia yang aku tak kenal.

Chapter II: Return to Hutan Lipur Sekayu

Straight lepas kenduri pegi check in kat Hotel Kenangan(nama betul) jap. Pastu amik ez terus gi mandi air terjun. Enjoooy…

10.45 malam: Gi umah ez untuk menikmati jamuan(saki baki). Kek tak sentuh lagi tu. Pastu balik kekenyangan cam biase. Tido tak hingatnya.

Lupa plak. Sebelum tu ada la ternampak satu papan iklan nih. Panas gila. Ada ke muka aku diorang buat jadi iklan. Panas tol. Tapi takpe la. Demi masa depan murid-murid Malaysia kan.

Ni katil kat hotel tu. Gambar ni baru satu. Satu bilik ada 2 katil camni. Syiook tido. Terlelap dalam pukul 1 pagi camtu kot.

Chapter III: Rantau Panjang, the Final Battle

Ahad, 25.6.2006:
Sampai kat Rantau Panjang singgah booth(road show?) ni jap. Ada la sorang mamat ni wat show. Nak tunjuk ular minum air katanya. Dalam tirai tu ada toyol. Mamat tu cakap la. Box besar belah kanan ada ular sawa. Lagi 3 box kecik tu ada ular stok bisa sket.

Ni haa big bos. Besar tak besar la. Kalau anaconda tu tak tau la panjang dia camne. First time tengok ular on the spot nih. Lagi-lagi ular bapak besar gila camtu. Takat makan budak tu selamba je kot. Sekali tengok macam jinak. Tapi bila gi dekat tau je la ko berani ke tak. Agak-agak dah bosan gi lunch jap. Pastu shopping beli jersey, baju apa semua. Harga golok la. Toyol tu tak sempat tengok. Lama sangat nak tunggu. Gerak balik dalam pukul 3 petang.

8 malam - Makan malam. Lepak makan kat restoran tepi pantai mana tah. Pastu balik terus. Sampai Shah Alam dalam pukul 4 pagi. Lepak ngan paan and pokju tengok Holland lawan Portugal. Orange kalah 1-0. Kol 5 sampai umah. Mandi siap apa semua pastu terus gi keje. END

2 responses so far

Jun 22 2006

Banner WC

Published by syahimi under Serious Business

Petang yang sangap. Banner sempena World Cup. Khas buat supporter Spain. Enjoy haha.

No responses yet

Jun 20 2006

Viva Espana !

Published by syahimi under Serious Business

Spain 3 Tunisia 1. Kemenangan kali kedua nampaknya. Tunisian score dulu minit ke-8. Puyol slide boleh tak kena pulak T_T So now Spain is leading Group H with style. They’ve already won twice and automatically booked themselves for the 2nd phase in the finals yeah. Next match will be against Saudi Arabia(boleh makan ni). Harap² Switzerland dapat finish top group G. France pulak knocked out pastu Korea dapat 2nd place. So dapat la Spain jumpa Korea lepas ni. Boleh revenge kekalahan World Cup 2002.

Match pagi semalam dapat tengok Torres score lagi 2 gol. Satu dari through pass cantik satu lagi dari penalty kick. Raul score sebijik lagi. Baru semangat main futsal camnih. Hari tu futsal skill Raul, Torres semua keluar. Punya la semangat nak mampus sampai ez pun follow main. ez tuu… hahah(jangan mara). Abis main pukul 3 pagi terus usha game US-Italy. Ended 1 all. Bosan. Game Spain gak best muahaha.

Tadi first time main dota pakai notebook. Mula² ok je pastu masuk je mid game mak ai. Lag nak mampos nak gerak pun asyik sangkut lol. Main kat desktop gak best. Ada keyboard yang sedap ditekan :hehe:

No responses yet

Jun 14 2006

World Cup 2006

Published by syahimi under Serious Business


World Cup dah start yeah. Gi keje manjang ngantuk je. Sokong team mana? Mana lagi kalau bukan Spain. Follow Raul’s footsteps lol. Though now dia tak berapa fit sebab ada knee injury dulu. So nak cerita, tadi baru je Spain belasah Ukraine 4-0. Goals by Xabi Alonso, David Villa 2 bijik and Fernando Torres. Macam takde fight je. One sided abis. Aku nak tengok sampai mana Spain boleh pegi kali ni. Dapat masuk semifinal pun dah kira bagus.

Result final dah pun keluar 8hb hari tu. Tapi tak check lagi. Gila cuak. Tak payah check pun takpe kot haha. Nanti la agak² suasana dah tenang baru check. Aku ada feeling yang aku akan repeat salah satu paper. Damn. Apa nak jadi, jadi la. Benda dah lepas nak buat camne. Syukur je lah. Sesapa yang tak puas hati dengan score korang ingat la sikit kat orang yang dapat rendah² tu. Simpan sorang² takpe. Jangan plak sampai sedih gila dapat B sebab nak A punya pasal. Lempang karang.

One response so far

Jun 04 2006

Road To Kak An’s Wedding

Published by syahimi under Aweks, Ronggeng

Mula² rasa macam malas pulak nak pegi sebab keje banyak. Tapi since bos aku tu baik lagi sporting, dia kasik aku cuti hari Isnin dengan Selasa untuk settlekan apa yang patut. Dengan nikmat duniawi yang diberikan itu, aku pun decide la nak pegi Perak jenjalan. Kena siap web tu before the 13th. Jeng jeng jeng lol. Masak. Anyway skang nih aku nak cerita serba sikit tentang road tripku ke Parit Buntar.8.00 pagi: Bertolak dari rumah. Gi rumah Pali untuk sesi berkumpul. Lalu jalan favourite aku, Federal Highway haha. Walaupun kena bayar RM1.10 untuk tol, apa sangat la. Think about how much time I manage to save everyday ulang-alik SJ-Shah Alam. Malas ikut KESAS, sebab nak kena lalu depan Summit. Glenmarie lagi sucks. Jauh nak pusing balik.

9.15 pagi: Dah breakfast semua, bermulalah perjalanan yang penat best ini. Dalam kete ada aku, Pali (Michael?), Poja ngan member sorang yang aku tak kenali lol. Naik wira. Minyak hitam, petrol semua dah isi, jalan. Sempoi.

Ni lalu sungai mana tah. Rasanya ada buaya kot dalam tu. Tak pun piranha. Tenang semacam je air tu.
12.30 tengah hari: Berhenti kat RnR Tapah. Makan dan minum apa yang patut. Sesi menstrechkan diri berlaku di sini.
Lalu terowong. Tak tau la apa yang best. Pantang lalu mesti rasa semacam. Macam dapat aura lebih je. Banyak gak dengar cite konon ada hantu dalam terowong. Diorang pasang tol kot dalam tu.

Berehat kejap lepas exit tol. Nak tunggu orang lain katanye. Panas, lapar, dahaga, penat semua ada. Tensen gila masa ni.
Tunggu punya tunggu rupenya dah tersilap jalan. Dengan selamba yaya Poja meng’V'kan kepala Pali yang serba ketensenan. Muahahah masa ni dah lambat gila dah. Nak dekat pukul 3 kot. Pastu sambung la balik perjalanan. Tengah syok² cerita nak pi berkelah la apa semua, tiba² ada lembu pulak melintas. Pali yang tengah bawak kete dalam 90-100 km/j tu pun brek emergency tak hingat. Para penumpang yang serba gelabah nak mampos masa tu, tanpa segan silu memegang apa yang patut untuk take cover dari impact tersebut. Bunyi screech kuat. Asap dari geseran tayar pada jalan tar pun naik. Akhirnya terlanggar jugak lembu tu. Mangsa(lembu) , dilaporkan dilanggar di bahagian kaki dan perut. Nasib la sempat reduce speed kaw². Impact tu tak la rasa sangat. Kemek sikit je kat atas hood tu. Kalau tengok sejenak tak perasan la kot. Lembu tu boleh pulak tergolek atas hood kejap. Lepas dia bangun, berdiri camtu je kat tengah² jalan. Kaku tak bergerak. Gila kesian. Darah tak nampak pulak. Maybe lembu tu memang kuat. Maybe ada internal injuries. Tak tau la. Harap la lembu tu sembuh cepat. Sure tengah sakit gila masa tu. Lepas langgar tu pakcik² makcik² semua yang tengah tunggu lembu melintas tu pun usha je. Nak buat camne, dah tak nampak. Lembu tu masa tu tengah nyorok kat depan kete lain. Tiba² lak dia nak melintas. Sorry ye lembu.

4.30 petang: At last sampai gak kat umah Kak An. Makanan semua best. Sirap dia sedap. Daging skip haha. Teringat lembu punya pasal. Ni gambar Amin dengan Azam(kanan) yang kekenyangan. Ko tetap macho macam dulu Zam…wahahhaha.

Pali, member Pali yang kat sebelah kiri tu, dengan Anas ‘Van Persie’. Sorry Arsenal tak dapat menang Champions League season ni. Better luck next time. Sack je lah Lehmaan tu. Bukan terer sangat pun.

Gambar gadis² ex-cs Sri Iskandar. Dari kiri: Anem, Sali, Yatie, Lin Kic, Nani, Kak Ja, Iza, Kak An the Bride, Lina, Jeen, ‘Insert Name Here’, Poja and Didi. Ramai lagi yang nak datang tapi takde transport. Ye ke ni. Takde transport ke…malas? Aku tau sape yang malas pegi muahaha. Takpe la yang penting ikhlas. Kita doakan la member kita tu kebahagiaan di dunia dan akhirat.

6.15 petang: Bertolak balik ke Shah Alam. Tali air kat sebelah tu best untuk pancing ikan. Kampung aku kat Kelantan tu ada gak. Diorang pakai benda apa tah panjang gila sampai tutup dari hujung ke hujung belah lagi satu. Disebabkan ikan² tu dah tak boleh lepas, upacara penangkapan pun bermula. Pakai apa aku pun tak tau sebab dah lupa. Aku kecik lagi masa tu XD

Ni lalu mana tah ada jambatan macam Pulau Pinang punya. Tapi pendek je la. Sampai Shah Alam dalam kol 11.30 mlm camtu. Kat umah Pali, layan Winning Eleven sepam dua. Pastu balik umah. Sampai² tengok kat meja makan ada sate. Layan dengan air yogurt mangga. Fuh, nikmat sungguh. Mandi, dota sepam, layan My Girl And I pastu tido.

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

P/s: Selamat pengantin baru, Kak An & Abang Zul. Semoga bahagia, selama-lamanya. Hehe..

2 responses so far